Salam 1 Malaysia….

Ini adalah tugasan saya berdasarkan Teks.

BAB 7

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

 

 TUGASAN 4

PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI TEKS (BAB7)

INSTRUCTIONAL  TECHNOLOGY AND MEDIA FOR

LEARNING-TENTH EDITION.

 

OLEH:

NORZALIZA BT ABDUL RAHMAN

NOMBOR MATRIK : M 20112001199

 

PENSYARAH:

PROF. DR. ABD LATIF BIN GAPOR

 

TEKS- BAB 7

SOALAN NOMBOR 1

 What is distance learning?

Apakah pembelajaran jarak jauh?

            Pembelajaran jarak jauh merupakan satu sistem pendidikan yang menekankan konsep belajar sendiri (self-directed learning) . Menurut Keegan, (1980) daripada analisis yang telah dibuat oleh beberapa orang pakar Pendidikan jarak jauh di dunia, beliau membuat kesimpulan bahawa Pendidikan jarak jauh merangkumi pemisahan pelajar dengan pengajar, pengaruh organisasi pendidikan yang membezakannya dengan belajar bersendirian, penggunaan media teknik, biasanya bercetak untuk menghubungkan pelajar dengan pengajar dan menjalankan kandungan pendidikan, komunikasi dua hala di mana pelajar mendapat faedah daripadanya ataupun memulakan perbincangan yang kemungkinan perjumpaan bertatap muka dari semasa ke semasa untuk kedua-dua tujuan didaktik dan sosial. 

Pendidikan jarak jauh meminimumkan interaksi antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah . Dalam konteks pendidikan jarak jauh, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertatap muka dan terpisah atau jauh dari pengajar dan proses pembelajaran dikawal sendiri oleh pelajar.  Pelajar belajar di atas kemahuan sendiri dan bebas menentukan apa yang ingin dipelajari, di mana untuk belajar, bila dan bagaimana untuk belajar.  Pelajar dipisahkan oleh jarak dengan pengajar di atas kemahuannya sendiri. Jarak yang dimaksudkan di sini adalah relative dan mungkin hanya dipisahkan oleh tembok atau dinding, dalam kata lain tidak bertatap muka.  Maka bahan aneka media memainkan peranan yang penting untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 

Dari segi kebiasaan kaedah ini membenarkan penggunaan bahan-bahan cetak dan bahan-bahan pelbagai media (multimedia) pendidikan sebagai bahan penyampaian daripada institusi kepada pelajar.  Menurut Bates, (1990) walaupun terdapat institusi Pendidikan Jarak Jauh yang menggunakan teknologi ;generasi ketiga’ tetapi bahan bercetak yang dicipta khas untuk pembelajaran kendiri merupakan bahan utama dalam PJJ.  Bahan bercetak merupakan komponen terbesar Para pelajar perlu belajar sendiri dan institusi hanya menyediakan bantuan yang paling minimum sama ada bantuan dari segi kemudahan akademik, bahan ulangkaji atau kemudahan prasarana (infrastruktur) yang lain .

Oleh itu, kesimpulannya bahawa di Malaysia pendidikan Jarak Jauh bermakna satu proses pendidikan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui berantarakan maklumat dan pengajaran; merangkumi kesemua teknologi berasaskan cetak, audio, video dan komputer, dan bentuk-bentuk lain pembelajaran; secara jarak jauh, di mana pelajar dan pengajar tidak berada di tempat yang sama.  Namun situasi pembelajaran ini berkesan dan mampu memberi input positif kepada pelajar dan menjana pendidikan Negara menerusi pelbagai lapisan masyarakat.

SOALAN NOMBOR 6.

Define Internet netiquette and list five guidelines for user.

Takrifkan etika dan nilai  internet dan senaraikan lima garis panduan untuk pengguna.

Definisi / Takrif  Internet Netiquette:

Internet Netiquette merupakan etika dalam menggunakan internet.  Internet Netiquette ialah peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna internet sebagai batasan dan cara terbaik dalam mengaplikasikan internet dalam kehidupan.  Berikut adalah garis panduan untuk menerangkan tatacara atau peraturan yang perlu dalam menggunakan internet, meningkatkan tahap keselamatan komunikasi dan mengurangkan risiko gangguan operasi. 

Lima garis panduan pengguna Internet

  1. Pengguna harus mengetahui nilai dan etika sebagai pengguna internet.  Etika bukan sahaja nilai dan peraturan tetapi juga peraturan elektronik menggunakan e-mel, teks dan interaksi lain.   Contohnya  pengguna harus menghormati  hak orang lain dan mereka disarankan untuk bijak menggunakan format yang ringkas, kerana format yang kompleks menyebabkan kesukaran pada pengguna atau pihak lain memahami informasi yang ingin disampaikan. 
  2. Menulis mesej dengan pendek dan ringkas. Cuba hadkan mesej dalam satu skrin sahaja. Fikir terlebih dahulu sebelum menulis mesej yang ingin disampaikan.
  3. Semak alamat @ URL sebelum menghantar mesej kepada pihak tertentu. 
  4. Selain itu, semak ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Gunakan tulisan huruf  kecil kecuali nama dan permulaan ayat sertakan guna ayat yang mudah dan ringkas bagi memudahkan pembaca memahami maklumat yang hendak disampaikan.
  5. Sensitif terhadap persekitaran @ orang lain. Layan semua orang dengan rasa hormat terutamanya jika menyentuh tentang isu perbezaan sosial, budaya dan etnik.   Berwaspada dengan hak milik sesuatu  ciptaan. Tidak boleh sewenang-wenangnya menyalin  idea dan pandangan, menggunakannya dan menyebarkannya tanpa kebenaran pihak pertama.

Bincangkan jangkaan kesan dari perkara tersebut dari nilai pendidikan

Nilai-nilai pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, perspektif agama dan nilai moral amat menekankan tentang aspek tanggung jawab dan amanah apabila menggunakan internet.  Perkara ini  amat berkait rapat dengan nilai moral dan peraturan semasa menggunakannya.  Ini kerana kesan pengguna terhadap internet akan memberi impak yang besar terhadap dunia pendidikan dan masyarakat amnya.

Menerusi aspek etika apabila menggunakan media elektronik pengguna tidak dibenarkan melibatkan dan menyentuh privasi orang lain.  Selain itu, mereka tidak boleh mempersoalkan dan mengecam peribadi seseorang serta tidak melakukan perkara yang mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang lain.  Berikut adalah pandangan saya, sekiranya fenomena ini tidak dikawal dan situasi ini akan memberi kesan terhadap dunia pendidikan pada masa akan datang.  Renungan bersama:

  1. Daripada perspektif agama Islam,  sikap atau sifat menjatuhkan maruah serta air muka seseorang amat dilarang dan patut dielakkan. 
  2. Manakala menerusi aspek ‘moraliti’ manusia atau insaniah dan Falsafah Pendidikan kebangsaan,  segala etika dan sikap yang tidak baik dan melanggar tatasusila kehidupan  haruslah dibatasi serta dijauhi apa lagi di ‘dunia tanpa sempadan’ seperti dunia internet dan ICT.
  3. Kebijaksanaan mengguna internet dan ICT, akan memberi input dan kebaikan positif yang berganda, manakala kesilapan menggunakan internet tanpa didasari kebijaksanaan, ilmu dan etika/nilai positif akan merugikan diri individu dan masyarakat.

SOALAN NOMBOR 7

-Identify one copyright concern  issue and explain why it is important.

Kenal pasti satu kebimbangan isu hak cipta dan terangkan mengapa ia adalah penting.

                  Hak cipta terpelihara atau ‘copyright’ merujuk kepada hak eksklusif yang diberi oleh undang-undang kepada pencipta mahupun penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh.  Hak cipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka

Dari segi hak cipta terpelihara, para pendidik harus menggunakan bahan-bahan dari Internet dalam cara yang sama seperti bahan bercetak. Kita tidak boleh muat turun dan atau mengedar bahan secara elektronik kepada pihak lain tanpa memohon kebenaran daripada tuan punya bahan. Membaca bahan daripada Internet atau laman web adalah seperti membaca daripada buku bercetak, maka kita tidak boleh memuat turun bahan yang dibaca tanpa memohon kebenaran daripada tuan punya.

Antara perlakuan yang melanggar hak cipta termasuklah mengeluarkan semula dalam bentuk menayang, mempamerkan, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Selain itu, adalah salah jika mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta (Bahagian Buku Teks, 2007). Dalam kes pendidikan, terdapat buku teks sekolah yang hak cipta dipegang oleh kerajaan. Buku teks bagi beberapa mata pelajaran, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memegang hak cipta pada setiap buku tersebut. Walau bagaimanapun, kawalan dan sebarang tindakan berhubung kawalan dan pengurusan hak cipta diserahkan kepada penerbit atau kontraktor dengan persetujuan kerajaan.

Teknologi pada zaman ini kian berkembang, terutama dalam Internet, World Wide Web (www), CD-ROM dan video disc. Oleh sebab perkembangan pesat dalam era teknologi, adalah menjadi satu kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil perhatian supaya dapat melindungi hak cipta terpelihara dan produk orang lain. Di samping itu, topik ini akan meneliti masalah-masalah yang mungkin wujud akibat perkembangan pesat teknologi. Antara isu dan trend yang akan dikemukakan termasuklah hak cipta terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam penggunaan teknologi. Selain itu, perhatian juga diberikan kepada trend dan peranan teknologi dalam perkembangan pembelajaran berasaskan teknologi dan perkembangan dalam teknologi, media, pendidikan dan latihan pada masa depan.

Apa jua jenis buku teks di mana hak cipta dipegang oleh kontraktor atau penerbit. Jenis ini dikawal dan diurus oleh penerbit sepenuhnya. Bagi mengetahui sepenuhnya mengenai hak cipta buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan harus sentiasa dibuat kepada Bahagian Buku Teks dalam laman web rasminya agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar akta hak cipta.

Antara perlakuan yang melanggar hak cipta termasuklah mengeluarkan semula dalam bentuk menayang, mempamerkan, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Selain itu, adalah salah jika mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta (Bahagian Buku Teks, 2007). Dalam kes pendidikan, terdapat buku teks sekolah yang hak cipta dipegang oleh kerajaan. Buku teks bagi beberapa mata pelajaran, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memegang hak cipta pada setiap buku tersebut. Walau bagaimanapun, kawalan dan sebarang tindakan berhubung kawalan dan pengurusan hak cipta diserahkan kepada penerbit atau kontraktor dengan persetujuan kerajaan.

Apa jua jenis buku teks di mana hak cipta dipegang oleh kontraktor atau penerbit. Jenis ini dikawal dan diurus oleh penerbit sepenuhnya. Bagi mengetahui sepenuhnya mengenai hak cipta buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan harus sentiasa dibuat kepada Bahagian Buku Teks dalam laman web rasminya agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar akta hak cipta.

KEPENTINGAN:

  1. KERAHSIAAN

Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat komunikasi seperti computer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan, insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri atau secara negative. Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat kerana kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data, imej atau grafik secara e-mel. Maka, setiap pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain yang mempunyai agenda negative. Ini akan menggugat keselamatan dan kesejahteraan individu berkenaan serta masyarakat atau Negara amnya.

  1. KESELAMATAN

Dalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal komputer dan bilik teknologi. Oleh sebab makmal dan bilik dilengkapi dengan peralatan elektronik, maka pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan  keselamatan peralatan dalam makmal dan bilik terpelihara.  Setiap bilik peralatan dan makmal mempunyai peraturan menggunakan makmal. Di samping itu, perkakasan komputer perlu dijaga dengan baik dari segi alat paparan video (monitor), kekunci, tetikus dan unit system dan pencetak. Perkara-perkara yang perlu dijaga termasuklah mengenal pasti tanda-tanda virus yang mungkin boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail serta cakera.

     Kesimpulannya isu hak cipta adalah penting untuk dipelihara agar unsur tidak baik seperti plagiat dan rakaman tanpa kebenaran dapat dibanteras daripada berleluasa.  Tambahan pula daripada perspektif agama Islam iaitu penekanan terhadap rukun iman perbuatan meniru, menipu dan mengambil hak seseorang tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.  Selain itu, berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan penerapan nilai murni amat dititik beratkan.  Aspek pendidikan Moral amat menentang sikap negatif yang berunsur penipuan dan peniruan.  Dengan harapan, martabat pendidikan dan teknologi dapat ditingkatkan bagi melahirkan manusia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia

RUJUKAN

Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowther, James D. Russell. (2012). Instructional   

     Technology and Media for  Learning-Tenth Edition.  United States of America:  

     Pearson Education.

 SEKIAN, TERIMA KASIH.