Bahan pembelajaran memainkan peranan penting untuk mencapai objektif yang diharapkan dalam sesuatu sesi pembelajaran.  Penggunaan nota yang ringkas dan menarik dapat memberi input yang maksimum kepada pelajar.  Berikut menunjukkan kelebihan penggunaaan komputer dan program atas talian internet untuk pembelajaran kendiri pelajar.   Dengan kaedah dan perlaksanaan yang tepat semasa menggunakan komputer, bahan pembelajaran dalam pelbagai subjek seperti matematik, sains dan bahasa dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan.  Penggunaan kaedah drilling atau latih tubi, simulasi dan tutorial akan menghasilkan input yang berkesan dan bermakna kepada pelajar secara individu atau berkumpulan di bilik darjah atau pun di rumah.

BAHAN PEMBELAJARAN/ NOTA

TAHUN: EMPAT

SUBJEK: BAHASA MELAYU

TAJUK: 

   
PENGGOLONGAN KATA
 

1.1 Kata Nama

1. Kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda, manusia, haiwan,                   tumbuhan dan konsep.

2. Kata nama terbahagi kepada :
    (i) kata nama am;
    (ii) kata nama khas;
    (iii) kata nama arah;
    (iv) kata ganti nama;
    (v) kata bilangan.

 Kata Nama Am

1. Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang bersifat              umum seperti:
    (i) nama benda yang bernyawa, iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan;
    (ii) nama benda yang tidak bernyawa, iaitu benda dan tempat.

2. Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata kecuali pada permulaan         ayat.

3. Ada juga kata nama am yang diberikan imbuhan. Kata nama am yang diberikan imbuhan ini    dikenali sebagai kata nama terbitan
   Contoh kata nama terbitan adalah seperti berikut:
   duri —> durian
   hendak —> kehendak
   sah —> pengesahan
   putus —> keputusan

4. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan terdiri daripada:
    (i) awalan- ke-, pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, per-.
    (ii) akhiran- -an, -man, -wan, -wati, -ita.
    (iii) apitan- ke…an, pe…an, pem…an, pen..an, peng…an, penge…an, per…an.

Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu         benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa.

2. Kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.

3. Kata nama khas terbahagi kepada:
    (a) benda yang bernyawa:
    (i) manusia spt. Ismail, Kumar, Puan Aliah, Raja Iskandar, Raj Kumar, Lim Eng Guan, Profesor         Ali.
    (ii) bukan manusia spt. Comot (kucing), Pak Belang (harimau), Hibiscus (bunga raya), Jalak          (ayam).
    (b) benda tidak bernyawa spt. Seremban, Malaysia, Proton, Universiti Kebangsaan, Menara          Condong.

Kesalahan dan Pembetulan

Kata Ganti Nama
1. Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti bagi kata nama khas dan kata             nama am.

2. Kata ganti nama terbahagi kepada:
    (i) kata ganti diri;
    (ii) kata ganti diri singkat;    
    (iii) kata ganti tanya;
    (iv) kata ganti tempat;
    (v) kata ganti tajuk;
    (vi) kata ganti tak tentu.

Kata Ganti Nama Diri Pertama
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang     bercakap.

2. Kata Ganti Nama Diri Pertama terbahagi kepada:

Kata Ganti Nama Diri Kedua
1. Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap             dengan kita

2. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada:
    (i) berbentuk tunggal
    (ii) berbentuk jamak

Kata Ganti Nama Diri Ketiga
1. Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga         ketika bercakap.

2. Kata ganti nama diri ketiga terbahagi kepada:
    (i) berbentuk tunggal.
    (ii) berbentuk jamak.

Kata Ganti Nama Diri Singkat
1. Kata ganti nama diri boleh disingkatkan seperti berikut:
    (i) aku menjadi ku
    (ii) engkau menjadi kau
    (iii) kamu menjadi mu
    (iv) dia atau ia menjadi nya.

2. Apabila ditulis, kata ganti nama diri singkat ini hendaklah dicantumkan dengan kata lain            yang menyertainya seolah-olah sebagai imbuhan.

3. Kata ganti nama diri singkat mempunyai makna yang sama dengan kata ganti nama diri yang     penuh.

4. Yang berikut adalah contoh kata ganti nama diri singkat dan penggunaanya dalam ayat:
    (i) Di awal kata:
        (a) Surat itu hendaklah kauposkan segera.
        (b) Pastikan soalan yang kaujawab itu betul.
   (ii) Di awal dan akhir kata:
        (a) Makanan itu sudah kuhidangkan.
        (b) Kereta Proton Iswara itu adalah milik ayahku.
   (iii) Di akhir kata:
        (a) Aku adalah temanmu.
        (b) Dia mencari-cari kasutnya yang hilang itu.

5. Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan pada permulaan ayat.

Kata Ganti Nama Diri Tanya
1. Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2. Yang berikut ialah contoh kata ganti nama diri tanya dan penggunaanya.
    (i) apa – digunakan untuk menyatakan nama benda atau haiwan.
    (ii) mana – digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat.
    (iii) siapa – digunakan untuk menyatakan orang atau nama orang.
    (iv) bila – digunakan untuk menyatakan masa.
    (v) berapa – digunakan untuk menyatakan bilangan, jumlah dan harga.

3. Sekiranya kata ganti nama diri tanya ini digunakan pada permulaan ayat, kata penegas atau     partikel “kah” hendaklah digunakan.

4. Apabila digunakan dalam ayat hendaklah diakhiri dengan tanda soal (?)

Kata Ganti Nama Tempat
1. Kata ganti nama tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.

2. Yang berikut adalah contoh kata ganti nama tempat dan penggunaanya.

        sana – digunakan untuk tempat yang dianggap jauh.
        sini – digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap.
        situ – digunakan untuk tempat yang agak jauh tetapi tidak sejauh mana.

Kata Ganti Nama Tunjuk
1. Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan manusia, haiwan dan tempat.

2. Dua kata ganti nama tunjuk adalah ini dan itu.

3. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
    (i) Subjek dan letaknya di hadapan kata nama:
        contohnya:
        (a) Ini sekolah kami.
        (b) Itu anak Encik Ramasamy.
    (ii) Penentu dan letaknya di belakang kata nama:
        contohnya:
        (a) Hari ini hari Khamis.
        (b) Saya yang membawa buku itu.

Kata Ganti Nama Tak Tentu
1. Kata ganti nama tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.

2. Yang berikut adalah contoh kata ganti nama tak tentu serta penggunaanya:
    (i) apa-apa – digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu.
    (ii) mana-mana – digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
    (iii) siapa-siapa/sesiapa – digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu.
    (iv) bila-bila – digunakan untuk menggantikan masa yang tidak tentu.

Maklumat lanjut boleh layari dan langgani laman web di bawah:

http://skor-a.com.my/eng/examhall/enotes/AS400122.html