Pelbagai koleksi Latihan berbentuk pengayaan dan pemulihan dalam kalangan pelajar Sekolah  Rendah dan Menengah . Sesuai dengan Pusat Sumber sebagai’Nadi dan Gedung Ilmu’ Ruangan blog ini  turut menyediakan pelbagai bentuk latihan sebagai asas pengukuhan dan pengayaan pelajar.  Ruangan ‘Jom Cuba Buat Latihan’ turut mempamerkan dan mempromosi ‘Program Skor A’ agar pelajar, guru dan ibu bapa mendapat impak yang maksimum sekiranya melanggan program tersebut.  Oleh itu, jangan tangguh lagi, Jom cuba latihan….

BAHASA MELAYU-TINGKATAN DUA

SEDIKIT BERKONGSI PENGETAHUAN:

‘Cuba Uji saya!!’

Soalan 1 hingga soalan 20 : 

1. “_____________ akan memastikan kebajikan rakyat di negeri ini terpelihara,” titah Yang Di-Pertuan Agong kepada rakyat jelata.
(A) Kita

(B) Hamba

(C) Patik

(D) Beta

2. Perdana Menteri akan melawat ke kampung kami esok._____________ akan merasmikan projek Satu Kampung Satu Produk.
(A) Kita

(B) Kalian

(C) Mereka

(D) Beliau

3. Nenek_______________ leher Aman dengan sabun untuk menghilangkan daki yang terlekat di lehernya.
(A) menggosok

(B) meramas

(C) mengurut

(D) mencubit

4. _____________ , tinggi benar harapan awak itu!
(A) Wahai

(B) Syukur

(C) Syabas

(D) Wah

5. Jari _____________________ adik luka kerana tercucuk jarum ketika menjahit baju.
(A) tunjukan

(B) tunjuk

(C) telunjuk

(D) petunjuk
Soalan 6  hingga soalan 15 : Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

6. Ayah tidak termampu(A) membeli rumah di atas(B) bukit itu kerana(C) harganya terlalu mahal. Tiada kesalahan(D).
(A) termampu

(B) di atas

(C) kerana

(D) Tiada kesalahan

7. Hati Halina menjadi _________________ setelah ditinggalkan kekasihnya.
(A) calar-balar

(B) remuk-rendam

(C) cerai-berai

(D) porak-peranda

8. Beribu (A) orang (B) mahasiswa menyertai (C) aktiviti mendirikan rumah bagi mangsa tsunami itu. Tiada kesalahan. (D)
(A) beribu

(B) orang

(C) menyertai

(D) Tiada kesalahan

Soalan 9 hingga soalan 15 : Baca petikan tersebut dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9. Mengapakah ‘Aku’ berasa bosan?
(A) Ayahnya keluar bekerja terlalu awal

(B) Ibu dan ayahnya terlalu banyak kerja

(C) Mak Limah terlalu sibuk dengan kerjanya

(D) Ibu dan bapanya jarang-jarang berada di rumah

10. Antara yang berikut, manakah maksud frasa Niat itu kumatikan ?
(A) Menemui ajal dalam meneruskan hajatnya

(B) Meninggalkan segala permintaan

(C) Meneruskan segala hajatnya

(D) Tidak meneruskan hajatnya

11. Berdasarkan petikan cerpen ‘Buku Catatan Farid Badrul’ ini, semua pernyataan berikut berkaitan perwatakan ‘Aku’, kecuali
(A) bertimbang rasa

(B) cinta akan alam sekitar

(C) gemar melakukan aktiviti luar

(D) menghormat orang yang lebih tua

12. Berikut merupakan nilai-nilai yang terdapat dalam petikan tersebut, kecuali
(A) kesabaran

(B) kegigihan

(C) persaudaraan

(D) bertanggungjawab

13. Frasa niat itu kumatikan dalam petikan ini bermaksud
(A) ‘aku’ membiarkan sahaja hasratnya

(B) ‘aku’ melupakan sahaja cita-citanya

(C) ‘aku’ melupakan sahaja nazarnya

(D) ‘aku’ melupakan sahaja janjinya

14. Frasa termangu-mangu keseorangan macam harimau dalam sangkar merupakan gaya bahasa
(A) sinkof

(B) simile

(C) metafora

(D) personifikasi

15. Cerpen ini berakhir dengan peristiwa
(A) Farid melarikan diri ke Kampung Pak Malik

(B) Ibu bapa Farid memaksa Farid pulang ke kota bersama mereka

(C) Ibu bapa Farid membenarkan Farid tinggal di kampung untuk belajar agama

(D) Hamzah merayu kepada ibu bapa Farid supaya membenarkan Farid tinggal di kampung

16. Kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan membesarkan jalan raya dan membina jejantas.
(A) Tanpa pembinaan jalan raya dan pembesaran jejantas, kesesakan lalu lintas akan berterusan .

(B) Pembesaran jalan raya dan pembinaan jejantas dapat mengatasi kesesakan lalu lintas.

(C) Pembinaan dan pembesaran jalan raya dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di jejantas.

(D) Pembinaan dan pembesaran jejantas dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan raya.

17. Encik Sabri tidak dapat melupakan jasa jiran-jirannya yang telah membantu menyelamatkan keluarganya semasa kebakaran tempoh hari.
Keadaan ini dikatakan…
(A) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(B) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

(C) hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.

(D) jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang janjinya.

Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai

18. I. Sejak kebelakangan ini, kes pelajar yang terlibat dalam jenayah semakin meningkat.
II. Lelaki yang dirempuh oleh sebuah kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian.
III. “Kita akan bertolak pada pukul 7.00 pagi,” beritahu Pak Su kepada anak-anaknya.
IV. Encik Halim sedang dilayan tetamu yang mengunjungi.
(A) I, II dan III sahaja

(B) I, III dan IV sahaja

(C) II, III dan IV sahaja.

(D) I, II, III dan IV sahaja.

19. Encik Mahzah sungguh kecewa sekali bila mendapat tahu bahawa para pekerjanya tidak menyenangi sikapnya yang tegas.
(A) sungguh kecewa bila

(B) sungguh kecewa apabila

(C) sungguh kecewa sekali apabila

(D) sungguh kecewa sekali bila

Soalan 25 hingga soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

20. I. Kesemua orang kanak-kanak itu cantik-cantik belaka.
II. Berapakah harga kain sutera yang diimport dari negara Korea itu?
III. Selepas mandi, Manisah mengelap badannya dengan Sekeping tuala.
IV. Bank itu dibuka pada tiap hari kecuali hari minggu dan cuti umum.
(A) II sahaja

(B) II dan IV sahaja

(C) I, II dan III sahaja

(D) I, III dan IV sahaja

Sekian……

Nak Cuba lagi?? Latihan lanjut sila layari dan langgani laman web di bawah, Hanya  untuk kecemerlangan bersama:

http://score-a.com.my/